Betapa zalim dan bodohnya manusia, apabila hidup bertuhankan wang. Padahal wang kertas yang dilukis itu, tidak dapat membeli iman dan ketenangan diri. Heiya Habibah, salah seorang diantara mereka., menjadi hamba kepada wang. Setelah insaf, dia sebaliknya menjadikan wang sebagai hamba kepadanya melalui usaha kebajikan iaitu membantu anak-anak miskin yang tercicir pelajaran. Betapa pula, asal usul dan keturunan bukan suatu keistimewaan kepada sesiapa pun, jauh sekali menjadi penentu kejayaan hidup seseorang.
Dengan usaha tanpa jemu, Baya berjaya menjadi usahawan tersohor walau pun dia adalah seorang anak kaum Orang Asli. Bagaimana pun, tanpa pertunjuk agama, dia menggunakan apa saja cara untuk mendaki ke puncak matlamat. Sehingga dia akhirnya berubah jua, apabila cahaya hidayah menyuluh hidupnya. Bagaimana besar pun masalah yang dihadapi, manusia tidak boleh berputus asa dari rahmat Allah Taala. Sifat mengalah dan mengeluh tidak akan merubah apa-apa pun.
Heiya dan Baya adalah contoh insan yang dapat merungkai kemelut kehidupan yang membelit jiwa, melalui bimbingan dan tarbiah guru yang ikhlas, selain dari usaha diri sendiri. Ustaz Kaunselor ( Zulkifli Alias ) dan Ustaz Nuruddin AlMedani adalah contoh peniaga yang paling berjaya. Mereka berniaga dunia mereka untuk akhirat mereka. Transaksi mereka mereka bernilai lebih baik daripada dunia seisinya, dimana mereka adalah penjual dan Allah Taala adalah pembelinya.